klik di sini - susu HALIB's
Jan 9, 2011
















Walaupun tarikh luput yang tertera pada bungkusan coklat yang dibeli di salah sebuah pasaraya di Jitra masih belum tamat tempoh, namun coklat berkenaan dipenuhi ulat selepas bungkusannya dibuka sepasang suami isteri, di sini.

Suami, Yusoff Ahmad, 40, mendakwa pada malam kejadian, dia dan isteri ke sebuah pasaraya dan membeli dua bungkusan coklat yang berjenama terkenal untuk dimakan bersama-sama.

Menurutnya, selepas membeli, isterinya, Siti Salina Md Zain, 24, yang kebetulan sedang hamil dan mengidamkan coklat berkenaan membuka salah satu bungkusan dan terus makan bersamanya dalam perjalanan pulang.

“Selepas tiba di rumah dan selesai menunaikan solat Isyak, kami berdua duduk berehat sambil membuka sebungkus lagi coklat yang dibeli untuk dimakan bersama-sama, namun kami terkejut apabila mendapati bungkusan coklat yang dibuka itu mempunyai beberapa ulat yang sedang berjalan-jalan.

“Isteri saya terus berasa loya dan rasa hendak termuntah apabila melihat ulat sambil membayangkan sebungkus coklat yang telah kami makan semasa dalam perjalanan pulang sebelumnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika Yusoff datang ke pejabat Sinar Harian, ulat yang terdapat pada coklat itu masih ada dan sebahagian coklat itu sudah rosak.
Yusoff berkata, isterinya tidak menolak kemungkinan coklat yang telah dimakan itu juga mempunyai ulat yang sama seperti bungkusan kedua.

Menurutnya, apa yang peliknya, bagaimana masalah itu berlaku sedangkan di pasaraya semua bungkusan coklat yang dijual berada dalam keadaan elok dan meyakinkan pengguna.

“Saya tidak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku sedangkan ia coklat berjenama dan menjadi kegemaran ramai orang.
“Seharusnya perkara seperti ini tidak terjadi kerana ia hanya menjejas dan mengancam keselamatan pengguna. Saya juga akan berhati-hati untuk membeli coklat itu selepas ini,” katanya 


0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu