klik di sini - susu HALIB's
Apr 18, 2012 0 komen


UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Nov 17, 2011 0 komen

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

NONEDalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi.

Aug 17, 2011 0 komen


Jakim sahkan mentega haram

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Artikel Terdahulu