klik di sini - susu HALIB's
Dec 12, 2010

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terhadap buah oren dari Shanghai bagi memastikan ia tidak diimport dan berada di pasaran tempatan kerana dipercayai diwarnakan dengan lilin beracun.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, berdasarkan laporan sebuah akhbar hari ini, pihak berkuasa Shanghai telah mengarahkan peniaga buah-buahan memberhentikan penjualan buah oren itu di negara tersebut.
"Orang ramai yang mengesyaki adanya bahan pewarna di permukaan buah oren yang dijual di pasaran perlu melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.
"Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan pewarna yang dibenarkan di dalam makanan adalah tersenarai di Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan). Selain daripada yang tersenarai adalah dilarang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa penggunaan bahan itu boleh menjadikan buah oren kelihatan segar dan dapat dijual dengan harga tinggi.

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu