klik di sini - susu HALIB's
Dec 11, 2009

Apa Itu IMP ?

IMP merupakan singkatan kepada Islamic Manufacturing Practice, iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari satu cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum Syarak yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.


Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan juga mengandungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].

IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan "kepentingan Syahadah".

IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.

Tujuan Utama Komuniti IMP.

1. Mewujudkan jaringan perniagaan melalui sistem yang komprehensif dan sistematik.
2. Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah
3. Strategic Marketing dan Smart Partnership.
4. Mempelbagaikan produk Halalan Thoyyiba di pasaran dan mengembangkan rangkaian pemasaran borong dan runcit agar produk IMP mudah sampai kepada pengguna.
5. Penyaluran Maklumat mengenai produk Halal dan pendedahan mengenai kandungan bahan-bahan yang tidak halal dan kontiminasi-kontiminasi HARAM dalam makanan unat Islam serta strategi musuh Islam dalam makanan dan barangan kegunaan Ummah Islam untuk melemahkan mereka secara total.

IMP ialah suatu piawaian “HALALAN THOYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut JASMANInya malahan juga suci dari sudut RUHANInya.

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu