klik di sini - susu HALIB's
Aug 1, 2010

31 Julai 2010 - Satu program penerangan konsep IMP telah diadakan kepada usahawan-usahawan baru di Surau At-Takwa Sungai Petani. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang porfolio Penerangan & Pembangunan Usahawan).

Dalam ucapannya beliau memberi pengharapan agar IMP dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah untuk membentuk usahawan yang benar-benar mempraktikkan amalan sunnah Rasulullah SAW dan mampu mengeluarkan produk yang halal dan suci.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi Panel Syariah IMP dan diteruskan dengan ucapan pengarah program. Seterusnya ucapan YB Ustaz Ghani. Antara pengisian program ialah: Taklimat Ciri-ciri Usahawan Muslim oleh Tuan Haji Ahmad Tajuddin. Penerangan Standard Piawaian IMP oleh Tuan Haji Nordin dan penerangan peluang perniagaan dari wakil Koperasi Usahawan Muslim Perak.


Info: Sinar Harian edisi utara 31hb Julai 2010

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu