klik di sini - susu HALIB's
Jul 2, 2010

Pada 1 Julai 2010, komuniti IMP Pusat telah mengadakan mesyuarat kali ke 4 untuk tahun 2010 bertempat di Perak Techno Trade Centre (PTTC) bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan gerak kerja persediaan pelancaran IMP di Kuala Kangsar pada Desember 2010 bertempat di perkarangan kawasan perindustrian MIEL, Kuala Kangsar.Antara jemputan VIP yang akan hadir pada pelancaran tersebut ialah Mufti Mekah (Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Sheikh), Mufti Jordan (Sheikh Nuh-Ul-Ghozat, Pakar Muamalat di Universiti Mu'tah Jordan, Wakil Mufti Mesir Sheikh Usamah Al-Sayyid, dan jemputan dari Brunei dan Indonesia.

Agenda lain yang turut dibincangkan ialah mengenai perkembangan dokumentasi komplian, unit pemasaran produk, dan pembangunan IT dan Multimedia IMP Komuniti. Pihak komuniti juga bercadang untuk menubuhkan satu Akademi IMP bagi melahirkan ramai lagi usahawan IMP seterusnya dapat mengembangkan lagi. Mesyuarat ditunda dan akan disambung semula pada 4 Ogos 2010 bertempat di tempat yang sama iaitu Perak Techno Trade Centre (PTTC).

Sumber : IMP Selangor

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu