klik di sini - susu HALIB's
Apr 7, 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang meminda Akta Perihal Dagangan (1972) untuk memberi kuasa kepada jabatan itu untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakan sijil halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Masitah Ibrahim berkata, setakat ini jabatan itu hanya 'menumpang' Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam membuat serbuan ke atas premis berkenan.

"Pindaan ini akan beri kuasa kepada Jakim untuk geledah dan buat rampasan," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Azamudden Md Taib (PAS - Baling) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak enam buah syarikat sebelum ini telah menyerahkan hak kepada Jakim untuk mengeluarkan sijil halal.

Enam syarikat berkenaan, bawah Halal Development Corporation sebelum ini bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal berkenaan. Jakim telah mengambil alih kuasa untuk pensijilan halal oleh HDC (Halal Development Corporation) pada 1 Ogos 2009, kata Masyitah.

Katanya lagi, HDC kini hanya menumpukan kepada peningkatan kualiti halal di peringkat antarabangsa.

"Buat masa sekarang ktia telah buat kempen besar-besaran supaya pihak semua sedar bahawa ada satu pihak saja yang keluarkan sijil halal," katanya lagi.

"Dengan adanya akta ini ia akan melantik Jakim sebagai competent authority dalam pensijilan halal Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan lisan daripada Azamudden Md Taib (PAS - Baling) di Dewan Rakyat hari ini.

"Kalau dulu Jakim 'tumpang tui' sahaja dengan KPDNKK untuk membuat serbuan dan sebagainya.

"Dengan adanya pindaan ini ia akan beri satu bentuk kuasa kepada Jakim untuk membuat pemeriksaan, buat rampasan dan menggeledah dan membolehkan pihak Jakim sendiri masuk ke dalam premis".

Beliau juga diajukan soalan tambahan daripada Datuk Lilah Yasin (Umno - Jempol) yang menyoal apakah tindakan kerajaan ke atas premis tidak halal tetapi menggaji pekerja bertudung dan menggantungkan kalimah suci al-Quran di dinding.

Masitah berkata masyarakat perlu membuat penilaian sendiri ke atas kedai makan seperti itu.

Sumber : Malaysiakini

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu