klik di sini - susu HALIB's
Dec 22, 2009


Keseluruhan anggota, organ, tisu, sel dan segalanya dapat digunakan. Untuk paparan lebih jelas, klik pada imej.

Bak kut teh halal boleh kelirukan umat Islam - Jakim

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.

"Walaupun mereka mungkin akan membuat permohonan, Jakim tidak akan meluluskan makanan bak kut teh halal itu kerana sudah jelas ia tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

Makanan bak kut teh halal itu mengulangi kontroversi yang sama dengan pengenalan 'bir halal' minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada 7 Mei lalu.

Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Lokman berkata, berdasarkan hukum, bak kut teh adalah merujuk pada sup dan daging babi seperti yang diketahui oleh orang ramai.

"Sehubungan itu saya syorkan penggunaan nama makanan terbabit ditukar kepada nama lain sebaik-baiknya, jangan gunakan lagi nama bak kut teh," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman juga tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.

Beliau berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

"Saya bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.

"Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

0 komen:

Post a Comment

Artikel Terdahulu