KUALA LUMPUR: Amat menjijikkan apabila ayam yang baru disembelih di Pasar Pudu, di sini, dibiarkan berlonggok atas lantai yang kotor dan berlendir.
Lebih mengejutkan apabila kebanyakan penyembelih ayam berkenaan dikesan terdiri kalangan warga Bangladesh yang dikhuatiri tidak menjalani pemeriksaan kesihatan selain lulus ujian syarak bagi menjadi penyembelih ayam.
Ini terbukti apabila kebanyakan penyembelih ayam terbabit bertempiaran lari sebaik menyedari pasar berkenaan diserbu puluhan anggota penguat kuasa pelbagai agensi, awal pagi kelmarin.
Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kemusykilan pengguna terhadap tahap kebersihan dan proses penyembelihan dilakukan di pasar berkenaan apatah lagi dengan kehadiran terlalu ramai pendatang asing warga Bangladesh yang memonopoli perniagaan ayam mentah di kawasan itu.
Menurutnya, operasi terbabit dilakukan dengan kerjasama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur yang menggempur kawasan terbabit kira-kira jam 3 pagi.
“Sebaik menyedari kelibat penguat kuasa yang tiba di kawasan pasar itu, puluhan pekerja pasar dan pusat pemprosesan ayam di pasar Pudu berkenaan kelam-kabut lari dengan meninggalkan ayam sudah diproses bergelimpangan atas lantai berlumut.
“Lebih mengejutkan apabila kebanyakan ayam siap diproses bulunya itu dibiarkan berteraburan di atas lantai dan longkang hanyir yang boleh menyebabkan dijangkiti kuman dan bakteria,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati perniagaan ayam itu dimiliki lelaki warga Bangladesh yang sudah memiliki taraf penduduk tetap (PR) negara ini selepas berkahwin dengan wanita tempatan.
“Agak mendukacitakan apabila ‘tauke’ Bangladesh terbabit langsung tidak mengendahkan aspek kebersihan termasuk penyelenggaraan ayam terbabit yang dibiar bersepah atas lantai kotor.
“Malah, keadaan kawasan lokasi penyembelihan ayam terbabit amat menjijikkan berikutan keadaannya yang bertakung hanyir, busuk selain terletak tidak jauh dari lokasi penyembelihan babi,” katanya.
Menurutnya, jarak kawasan penjaja dan penyembelihan babi yang terlalu hampir tidak sampai 30 meter amat dikesali berikutan ayam disembelih terbabit khusus dijual untuk pengguna Islam.
“Hasil siasatan, pusat penyembelihan ayam berkenaan menggunakan tukang sembilan tidak bertauliah dengan Jawi atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain tidak menjalani pemeriksaan kesihatan seperti diwajibkan.
“Siasatan lanjut mendapati pusat penyembelihan berkenaan mampu memproses sehingga 5,000 ayam dalam tempoh sehari untuk dibekalkan ke sekitar Lembah Klang. Susulan itu, pemilik kilang memproses ayam terbabit dikompaun selain diambil tindakan DBKL,” katanya.
Sumber : myMetro
klik di sini - susu HALIB's
Oleh :
IMP Utara
May 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment